On 9th december 2012 , friday . Hari yg amat sukar untuk aku lupakan . Hari yg membuat aku sentiasa mengingati peristiwa pahit itu. Hari yg aku hanya memikirkan mati sahaja . Hari yg membuatkan aku stress dan hidup dalam ketakutan .
The story is :
Pada jam 1.30pm abah dan 2 adik lelaki aku pergi ke masjid untuk solat jumaat . Aku duduk kat ruang tamu sambil bermain telefon (Samsung Galaxy Tab 7.0) . Pintu hadapan rumah aku tak tutup . Pagar pun begitu . Afif lupa nak tutup waktu dia pergi ke masjid . Sedang aku leka bermain telefon aku . Terdapat 2 buah motorsikal yg macam racing itu masuk . Aku ingat abang long aku . Aku pun biar jelah . Tiba-tiba dia masuk ke rumah aku dgn memegang parang tajam . Aku berdoa agar semua ini mimpi tetapi ianya memang realiti . Aku terus sorokkan aku punya telefon dengan menyelit di sofa yg aku baring tu . Opah aku sudah menangis kerana ketakutan . Pencuri itu tanya kat aku siapa di dalam bilik . Dengan gagapnya aku menjawab mak aku . Dia tendang pintu bilik 2 kali tetapi tak terbuka dan dia menjadikan aku sebagai tebusan dan mengugut mak aku untuk membunuh aku kalau dia tak buka pintu . Dan mak aku buka pintu , dia meyerbu masuk ke bilik dan mencari barang yg dia mahukan . Dia mengacukan parang ke arah mak dah menanya dimana abah menyimpan duit cash . Handbag mak aku semuanya dia ambil . Sementara dia sedang menyelongkar , aku ternampak telefon nenek aku di atas almari make up . Mungkin pencuri tu tak nampak . Aku pun terus ambil and sorokkan di dalam bantal peluk . 5 minit Selepas keempat-empat pencuri itu pergi , abah pulang dari masjid . Dalam masa 15 minit , pencuri itu dapat macam macam . Kerugian mencecah RM40,000 .
Antaranya :
Iphone , blackberry , samsung galaxy 7.0 , nokia 3310 , sony Ericsson , laptop , ps3 , psp , DSLR , camera , 2 utas rantai , 3 utas gelang .
Aku mendoakan agar pencuri tu semua tidak aman hidup di dunia dan akhirat . Mudah mudahan ALLAH memberikan pentujuk kepada kami sekeluarga agar pencuri itu dapat ditangkap . Amin~